![]() |
LOGO SMK DATO' SHEIKH AHMADVISI DAN MISI
VISI
“SMKDSA menjadi sekolah yang unggul dan berprestasi tinggi menjelang 2015”
MISI
Melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif serta tenaga penggerak yang berkualiti dan berketrampilan di samping mempunyai hubungan baik dengan baik masyarakat setempat.
SEJARAH |
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad diasaskan pada 1 Januari 1964 sebagai Sekolah Menengah Aliran Kebangsaan yang pertama di Perlis. Sebelumnya ditumpangkan di Sekolah Inggeris Derma, Kangar mulai Mei 1958.
Dirasmikan pada 12 Jun 1964 oleh Y.T.M Tengku Suleiman Ibni Almarhum Tengku Bendahara Abu Bakar, sebagai Sekolah Menengah Melayu Arau. Pada 3 November 1966 diberi nama baru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dengan menerima hanya pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja, manakala Tingkatan 1, 2, dan 3 belajar di Sekolah Melayu Arau.
Mulai 1968 menjadi pusat aliran sains bagi pelajar Tingkatan 4 seluruh negeri Perlis dan berakhir pada 1977. Pada 1 Julai 1970 Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad dicantumkan dengan Sekolah Melayu Arau. Pada 1972 Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad memasuki era baru apabila Tingkatan 6 Rendah Sastera dimulakan dan setahun kemudian Tingkatan 6 Rendah Sains.
Pada tahun 1994 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dijadikan sebagai salah sebuah sekolah kawalan di Perlis, maka hanya pelajar-pelajar berkelayakan mínimum 3A1B ditempatkan di sekolah ini.
Pada tahun 1997, sekolah ini dijadikan sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Perkomputeran peringkat STPM dan seterusnya pada tahun 1999, sekolah ini sekali lagi dipilih sebagai sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat peringkat SPM.
Pada hari ini SMK Dato’ Sheikh Ahmad merupakan sebuah sekolah yang sudah jauh berubah dari segi kemudahan prasarana, suasana P&P yang lebih kondusif dan menepati keperluan pelajar yang dahagakan ilmu. SMK Dato’ Sheikh Ahmad hari ini menampung seramai 806 pelajar iaitu 323 pelajar lelaki dan 483 pelajar perempuan. Jumlah guru tetap seramai 77 orang . Jumlah Kakitangan sokongan pula ialah seramai 20 orang. Dan selebihnya Kakitangan Swasta yang ditugaskan menjaga kebersihan.

No comments:
Post a Comment